Allah mencipta semua makhlukNya mempunyai otak. Yang berbeza adalah pada saiz otak tersebut. Cuma manusia diberi kelebihan otak yang boleh berfikir.Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi. Perbezaan antara fikiran dan otak adalah asas dalam fikiran falsafah. Masalah rohani-jasmani merupakan salah satu masalah pusat dalam sejarah falsafah. Otak adalah fizik dan jisim biologi terkandung dalam tengkorak, bertanggungjawab bagi proses neuronal elektrokimia. Fikiran, sebaliknya, terdiri dari sifat-sifat rohani, seperti kepercayaan, keinginan, penerimaan dan sebagainya. Bolehkah kita sebagai manusia menjangka masa dan waktunya yang kita akan berhenti berfikir?
Sebagai manusia kita sering diduga dengan pelbagai masalah samada ianya datang dari diri kita sendiri, masalah di tempat kerja dan masalah dari persekitaran kita. Bila masalah datang menghantui diri kita, otak kita dengan sendirinya akan berfikir untuk mencari penyelesaian tanpa kita memberi arahan kepada otak. Boleh dikatakan setiap saat otak kita akan berfikir.

Adakah bila tiba saat kematian kita akan berhenti berfikir? Adakah kita masih lagi berfikir?

0 comments:
Post a Comment