Warna Ungu
-Sifat keperibadian kamu benar-benar luar biasa. Selalu optimis dalam menghadapi masa depan dan kamu tidak pernah ragu-ragu. Apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam hal percintaan pula, hanya mereka yang kuat mental sahaja yang mampu mendekati dan menjadi sahabatmu.
Warna Merah
-Kamu sangat berwibawa dan juga senang melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi kamu mampu menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk dalam golongan yang sukar untuk jatuh cinta.
Warna Hijau
-Jika kamu memilih hijau, kamu adalah golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam sekitar dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang kepada prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-ngidamkan calon teman hidup yang mampu bertoleransi dan dapat dipercayai.
Warna Hitam
-Kamu merupakan golongan yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu sahaja. Jika berada dalam kumpulan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup ramai yang berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.
Warna Putih
-Kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan hampir sempurna, ramai orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis serta nilai moral kamu yang teramat tinggi. Kamu adalah golongan yang tak pernah angkuh, senang menolong sesiapa saja yang memerlukan bantuan kamu.
Warna Biru
-Kamu biasanya termasuk dalam golongan yang pemurung, tetapi selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Kamu memiliki kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam percintaan kerana kamu sering menyembunyikan perasaan.
Warna Kuning
-Kamu memiliki sifat optimis. Kamu jenis yang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang sukar untuk didekati. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu adalah orang yang tidak pernah merendahkan sesiapa pun, walaupun seseorang itu agak lembap.
Love KAMPUNG
11 years ago

0 comments:
Post a Comment