02 March 2010

Apakah makna kehidupan

at 15:22
Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.
Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.
Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?
Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).

0 comments:

 

Hana MiszNani Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos