11 July 2013

Ramadhan Al Mubarak

at 08:31
10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434 seluruh umat islam menyambut kedatangan bulan mulia di antara 1000 bulan..Hari ini merupakan hari kedua kita berpuasa dan malam ketiga solat terawikh. Syukur alhamdulillah, Ramadhan kali ini merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. Maybe ada di antara korang pun sama pengalaman macam aku. Dari pengalaman kawan-kawan aku ada yang menyatakan bila sudah berkahwin terutama pada bulan puasa nie, kena bangun awal masak untuk sahur , n bla bla.. Maybe setiap orang @ pasangannya berbeza-beza sikapnya. For me, sekiranya makanan masa berbuka masih ada lagi, tak perlu la kott nak masak yang lain..hanya perlu panaskan semula. Kan membazir namanya. Mesti korang akan cakap aku malas kan..unless memang tak ada makanan untuk sahur  lain citerla dan pastikan bahan-bahan untuk di masak ada..kalau tak ada, tak boleh jugakla nak masak. Tapi aku n parents  memang tak makan nasi bila bersahur kecuali my hubby. Actually, dia pun tak kisah sangat.
Allah melarang kita membazirkan @ melebih-lebihkan makanan bukan sahaja dalam puasa malah bulan-bulan lain pun sama. Bulan puasa nie lagila nafsu makannya kuat, yang tak sedap pun..nampak sedap. Mana taknya, bermacam rupa n colourful lagi. Aku pun suka pergi bazar ramadhan, kalau boleh nak pegi semua bazar ramadhan yang ada. Bukan nak beli sangat pun..tapi rasa mcam tak best jer kalau tak pegi bazar alaah..melawat tapak macam tuelah..sungguh pun macam tue, bila balik bukan dengan tangan kosong..
Setiap kali aku pegi bazar..aku mesti beli murtabak n air tebu tiap-tiap hari.  Jemu? Tapi aku takkk ! malah pada ketika ini murtabak n air tebu adalah my fav. Ok,kita stop dulu bab makanan ini semua, nanti citer lelebih terliur plak. 
Yang harus diingat adalah bulan puasa bukanlah bulan syurga makanan sehingga kita melebih-lebihkan makanan pada waktu berbuka seterusnya terjadilah pembaziran..cukupla sekadar mengisi perut dengan seadanya via 
( ingatan bersama). Supaya kita dapat mengerjakan solat maghrib seterusnya terawikh dengan sempurna..

Rindu Ramadhan 

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan...

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
Ramadhan Ya Ramadhan

Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran

0 comments:

 

Hana MiszNani Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos