11 March 2010

TIP POSITIF LIHAT PASANGAN

at 14:54
1. Toleransi
Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan pasangan, apatah lagi kalau perbezaan yang ada cukup ketara. Jadi, cubalah ambil jalan mudah dengan cara bertolak ansur satu sama lain.

2. Memahami
Usah hanya memikirkan diri sendiri. Sebaliknya fahamilah pasangan. Tidak ada ruginya jika sesekali anda cuba meletakkan diri anda di tempatnya.

3. Fokus Persamaan
Kalau saban waktu anda hanya melihat perbezaan diri dan pasangan, tentu anda akan berasa tertekan. Akibatnya perkahwinan pun menjadi tidak seronok. Jadi, alihkan tumpuan anda dan fokuskan pada persamaan yang ada.

4. Kepercayaan
Allah s.w.t Maha Agung dan Maha Mengetahui. Kalau sudah Dia tetapkan jodoh anda dengan pasangan, terimalah ia seadanya. Percayalah bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik untuk anda.

5. Hargai
Belajarlah untuk menghargai rumah tangga serta pasangan agar perkahwinan menjadi lebih bermakna dan bahagia.

0 comments:

 

Hana MiszNani Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos