09 February 2010

Mengapa Hati Sukar Di mengertikan...

at 09:54
Bila membicarakan tentang hati, mula teringat filem Soalnya Hati yang dibintangi oleh Eera Fazira yang digandingkan bersama Afdlin Shauki. Alangkah bagus sekiranya di dalam dunia ini wujudnya insan bergelar lelaki yang betul-betul ikhlas menyanyangi dan dapat menerima kaum hawa dengan seadanya. Tapi, itu hanyalah satu lakonan semata-mata. Realitinya..sukar dicari.
Mengapa hati sukar dimengertikan. Tiada siapa yang boleh memberi jawapan dengan jujur apabila ditanya. Bila hati sudah mengenal erti cinta..perasaan kasih, sayang dan rindu kepada si dia mula berputik. Betapa indahnya sewaktu bercinta. Sampai ada yang berpendapat rugi kalau tidak merasa atau melalui saat-saat bercinta. Waktu itulah segala-galanya dirasakan dunia ini milik bersama. Betapa hebatnya kuasa C.I.N.T.A.
Sebenarnya, kekuatan cinta datangnya dari hati. Seperti kata pepatah melayu, dari mata turun ke hati. Hati yang melahirkan segala perasaan akal mentafsirkannya dan ditunjukan menerusi perbuatan atau ucapan. Segalanya adalah berpunca dari hati.
Hatiku ini milik siapa? Siapakah yang berjaya menambat hatiku? Siapakah dia yang bertakhta di dalam hatiku?
Siapakah? Siapakah?
Ahhhh.....soalan yang sukar untuk dijawab. Aku masih lagi mencari-cari jawapan kepada soalan itu.
Tapi..aku masih belum menjumpai jawapan yang pasti.
Sampai bilakah harus aku menunggu. Sungguh amat menyeksakan.
Semakin hari, semakin pudar perasaan aku padanya. Hati pula tidak lagi bernyanyi-nyanyi seperti dulu. Tidak lagi melahirkan bunga-bunga cinta.
Mengapakah semua ini boleh terjadi kepada ku. Kemana perginya segala perasaan yang di semai dari saat-saat hati mengenal erti cinta.
Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang sentiasa diingati sehingga badan dikandung tanah. Semoga ianya menjadi SATU INSPIRASI dalam mengejar CINTA SEJATI yang hakiki.
Nukilan Teristimewa

0 comments:

 

Hana MiszNani Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos