Jom lihat beberapa perkara yang harus diambil tahu jika kamu ingin jadi sahabat yang baik :
Sahabat itu pula ...
Selalu menyenangkan kamu. Tidak kira walau di mana pun dan ke mana pun kamu. Ia tidak malu melakukan hal-hal gila denganmu.
Adalah si motivator yang sentiasa bersemangat membantu kamu, memberi motivasi, inspirasi dan akan memberikan sedikit dorongan ekstra ketika kamu memerlukan kerana sahabat hanya melihat peluang yang ada di depan untuk kamu.
Pendengar yang baik. Kamu boleh menceritakan apa sahaja yang tidak mungkin kamu ceritakan pada orang lain. Ia adalah sahabat yang akan tertawa dan menangis bersama kamu, tapi tidak pernah menilai kamu. Ia akan menjadi pendengar yang baik dan tidak akan pernah menceritakan pada orang lain tentang perkara yang kamu ceritakan padanya itu.
Penuh kejutan. Kebanyakkan dari sahabat kamu memiliki latar belakang yang sama dengan kamu seperti ; umur yang hampir sama, taraf pendidikan yang sama, pekerjaan atau memiliki latar belakang budaya yang sama. Tapi kita boleh memperluaskan dunia dan pandangan kita dengan membuka diri pada orang lain. Banyak perkara yang kita boleh pelajari antara satu sama lain.
Tidak pernah membodek kamu. Sebaliknya, sahabat hanya ingin mengeluarkan apa yang terbaik dari kamu. Kamu harus sedar bahawa sahabat akan selalu memberi tahu kamu perkara yang sebenarnya kerana sahabat ingin kamu berubah dan menjadi diri kamu yang terbaik. Sahabat tidak mengatakan sesuatu kerana iri hati atau ingin membalas dendam, tapi sepenuhnya kerana dia sayangkn kamu.
Diperlukan pada bila-bila masa dan setia dengan kamu. Sahabat selalu hadir dalam waktu krisis dan merasa seronok ketika dia boleh menolong orang lain. Sahabatlah yang akan menguruskan kamu sehingga kamu tidak lagi memerlukan bantuan daripadanya.
Love KAMPUNG
11 years ago
0 comments:
Post a Comment