13 May 2013

1 REJAB 1434

at 13:12
Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas ra, beliau telah memarfu'kanny:

" Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barang siapa yang berpuasa satu hati di bulan Rejab, maka ALLAH akan memberi ia minum dari sungai itu "

Saya (yakni Usamah) berkata:


”Wahai Rasululah! Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa bulan Sya’ban?”

Baginda saw menjawab:

”Demikian itu adalah satu bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab dan Ramadhan. Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang diangkat di dalamnya semua amal ke hadrat Rabbil A’lamin. Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa”.

Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah saw tatkala melengkungi oleh dua bulan yang agung iaitu bulan Rajab dan bulan Ramadhan, yang mana manusia berlumba-lumba sibuk ( berpuasa dan beribadat ) dalam kedua-dua bulan tersebut, lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian, kebanyakan ulama’ berpendapat puasa di bulan Rejab terlebih afdhal dari bulan Sya’ban.

Siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan dan Rejab tersebut? Iaitulah Rasulullah saw dan para shahabat baginda. Sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada makna manusia dari lafaz hadits tersebut dan hadits ini juga menjadi dalil akan sunatnya berpuasa Rejab sebab lafaz “Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa” adalah sabda baginda saw sendiri. Mengatakan Nabi tidak pernah berpuasa di bulan Rejab dan tidak sunnah berpuasa di bulan Rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi saw. Telah maklum hadis riwayat Imam Ibnu khuzaimah tersebut adalah hadis shahih

Seterusnya Al Allamah Ibnu Hajar menambah::

Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni sunat) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM (yakni bulan-bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab). Padahal Rejab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram.

Riwayat dari Abi Daud dan lain-lainnya, dari Urwah, bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar (رضى الله عنها) ::

“Adakah Rasululah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa dibulan Rejab?

Beliau menjawab:

“Ya dan baginda melebihkannya.”
Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali.

Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan::

“Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab”.
Imam Al Baihaqi mengulas “Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).” Maka tsabitlah sunat berpuasa di bulan Rejab, bukan makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan ianya makruh juga adalah fasid (yakni batal) bahkan salah (yakni tidak betul) sebagaimana yang telah engkau ketahui kelebihan/fadhilat puasa Sya’ban, padahal puasa Rejab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam, kemudian baki-baki bulan Haram, akhirnya barulah Sya’ban.

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB 

  • Barang siapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun
  • siapa yg berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam,
  • barang siapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka,
  • barang siapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah,
  • barangsiapa yang berpuasa 15 hari, menyerulah penyeru dari langit “Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru, dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.

0 comments:

 

Hana MiszNani Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos