04 March 2010

Koleksi Cerita Lawak

at 14:33
KENTUT

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua.
Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.
Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam.
Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.
Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.
Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri.
Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali.
Begitulah terjadi selama beberapa menit.
Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.
Keesokan harinya anaknya datang melawat.
“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.
“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis.
Tapi ada satu masalah”“Masalah apa ayah?”“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”
KENTUT

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.
Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku.
Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil.
Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.
"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.
"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.
BELALAI GAJAH

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi.
Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri.
Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang.
Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri.
Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…
Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)
MALAM JUMAAT

Malam itu malam Jumaat.
Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini.
Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi.
Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"" Baiklah awak uruskan mereka.
Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok.
Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang!! Anak dah tidur"
Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......
SERAM-SERAM SUKU

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor
Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i.
Diorng da xthan nk jumpe sngat2
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..
Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan. .
Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki
Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya
Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...
Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia...
Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie.
Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..Jimmy agak terkejut,
Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye
Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan
Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa
Julie,"awk ngah wat pe??"
Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai ke??"Jimmy semakin panic dan membalas
"ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal..
"Jimmy cuba beranikan dri dan membalas semula sms tersebut dgn
"ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??
Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma terdiri tegakKerana sms etrsebut berbunyi
"DIGI ADA DIMANA-MANA"

POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "" Ni rumah encik encik Sameon ye?"
Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

0 comments:

 

Hana MiszNani Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos