Kenapa Perlu Menemui Tuhan?
Betapa indah dan menakjubkan hidup di dunia ini. Keindahan dan kesenangannya membuat kita berasa selesa untuk terus mendiaminya, bahkan dapat memenuhi segala keinginannya. Manusia menjadi leka dengan segala kemegahanya itu. Pengaruhnya kuat merasuk kesedaran manusia. Sekiranya kita tidak faham erti sebenarnya kehidupan di dunia ini. Apabila ini berlaku malapetaka pasti menimpa kita dan hidup kita hancur terutama kehidupan di akhirat nanti. Keinginan kita untuk bertemu dengan Tuhan yang membuat kita terlepas daridapa bahaya belenggu kehidupan duniawi. Bagi orang yang sudah bersedia menemui Tuhan keinginannya selalu termakbul. Mereka menikmati kehidupan yang tenang dan bahagia, walaupun mungkin dalam keadaan yang jelas dengan berusaha bersungguh-sungguh. Inilah puncak kebahagiaan hidup sejati.
Bagaimana Cara Menemui Allah?
Bertemu dengan Tuhan itu bukannya bermaksud bertemu secara fizikal. Pertemuan dengan Tuhan bermaksud keadaan jiwa yang wujud selepas kita melakukan usaha-usaha tertentu yang seiring dengan usaha yang dituntut oleh Quran dan Hadis. Cara untuk menemui Allah adalah dengan beriman melakukan amal soleh , tidak melakukan syirik walaupun kecil dan tetap meng-Esakan Allah dalam beribadah.Ternyata tapak bangunan yang kita huni ini begitu kukuh. Di atas tapat itu berdiri pelbagai pintu gerbang amal yang akan menghantar kita memasuki bangunan yang nyaman untuk bertemu dengan Tuhan. Pintu-pintu gerbang amal itu kita dapat membukanya dan menikmati suasana selesa berada di dalamnya, hingga akhirnya kita dapat menemui Tuhan dengan baik. Amin.
Zikrullah
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebaimana biasa.) Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Berbuat Kebaikan
Mereka yang mengerjakannya mendapat pahala yang berlipat kali ganda atas perbuatan yang dilakukannya. Segala perbuatan yang besar ataupun yang kecil tidak disia-siakan oleh Tuhan. Perbuatan baik seseorang tidak dapat dirasakan sendiri manisnya, melainkan orang-orang lain di sekelilingnya turut merasakan. Perbuatan baik menutupi keburukan-keburukan, bukan hanya yang dilakukan sendiri tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah hikmah dari perbuatan baik.
Menghidupkan Akhir Malam
Dalam ketenangan malamlah, terutama pada sepertiga bahagian alhirnya, tidur dan ibadat sama-sama mencapai puncak kenikmatan. Pada ketika itu, Tuhan turun ke langit yang paling rendah bagi mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya, yang mengadu kata-katapenuh syahdu yang muncul dari lubuk hati, dengan rasa rendah diri dan rasa takut di ahadapan Tuhan dan juga berbaur perasaan rindu dan cinta kepada-Nya.

0 comments:
Post a Comment