16 December 2009

AMALAN PEMAKANAN RASULULLAH

at 14:33
Kita sering mengambil mudah / tidak mengambil tahu langsung tentang sunnah-sunnah yang diturunkan. Malah untuk mempraktikannya dalam kehidupan seharian belum tentu lagi. Disini saya ingin berkongsikan ilmu pengetahuan  yang saya ada dengan semua penjengah blog saya.
  • Allah tidak mencipta penyakit tanpa mencipta ubatnya kecuali penyakit tua dan maut.
  • Mereka yang menjaga tubuh badan akan beroleh panjang umur.
  • Ada penyakit berpunca dari sejuk. Elakkan memakan makanan yang sejuk sifatnya seperti sebahagian buah-buahan  atau yang bersuhu sejuk seperti ais.
  • Perut ialah rumah segala penyakit dan berpuasa ialah kepala segala ubat. Oleh itu biasakanlah berpuasa sunat, sekurang-kurangnya 3 hari sebulan. Sebaik-baiknya berpuasalah dua kali seminggu iaitu pada hati isnin dan khamis.
  • Makanlah berjemaah untuk mendatangkan berkat. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : '' berjemaah itu rahmat.'' (Riwayat Muslim) '' Tangan Allah beserta jemaah.'' (Riwayat Tirmizi)
  • Bagi makanan yang dimasak, jangan makan makanan yang terlalu panas kerana tidak baik untuk lidah. Memakan makanan panas di tengah malam akan menyebabkan keluarnya air liur basi ketika tidur. Air liur berbau busuk dan hukumnya najis. Sebab itu dilarang tidur di dalam masjid.
  • Tanggalkan kasut ketika makan supaya kaki mendapat kerehatan yang lebih terutama bagi perjalanan darah.
  • Makan di pasar yang sibuk bukanlah amalan Rasulullah s.a.w.
  • Rahmat Tuhan berada di tengah hidangan. Oleh itu mulakan makan makanan yang berada di tepi pinggan atau hidangan dahulu dan berakhir di bahagian tengah, bukan di mulai dari tengah.
  • Bersihkan gigi dengan kayu penculik atau benang. Basuh mulut dengan air selepas makan.
  • Makanan daripada seseorang yang soleh(baik) menjadi ubat. Manakala makanan daripada penjahat adalah penyakit.
  • Makanlah hidangan hingga habis ke butir yang terakhir. Makan berlebihan membahayakan kesihatan.
  • Terlalu banyak makan dan minum akan menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka.
  • Apabila berpuasa, bangunlah makan sahur sebelum terbit fajar kerana banyak rahmat Allah pada waktu tersebut.
  • Elakkan minuman yang bergas.
  • Jauhi makanan yang tinggi kandungan  bahan perisanya.
  • Elakkan memakan ikan pada bahagian kepalanya.
Selamat beramal..

0 comments:

 

Hana MiszNani Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos