Saat cinta berpaling,
Saat hati menjelma serpihan - serpihan kecil,
Saat hura - hara terjadi,
Saat ujian demi ujiannya terasa terlalu besar
untuk ditanggung sendiri,
Ke manakah seorang isteri
mahu mencari kekuatan,
Supaya hati mampu terus bertasbih.
Sudah kutinggalkan cemburu,
Di sudut kamar gelita,
Sudah kuhanyutkan duka,
Pada sungai kecil yang mengalir daripada mataku.
Sudah kukhabarkan lewat angin gerimis,
Mengenai segala catatan hati,
Yang hampar pada setiap jengkel sejadah
Dalam tahajud dan syjud panjangku.

0 comments:
Post a Comment