saat-saat yang dinantikan..telah pun tiba..05/06/09 majlis pernikahan kakak aku bersama jejaka pilihan hati...mohd nazri bin ajijan..yang berasal dari seremban. suasana riuh-rendah bertukar sepi..apabila tok kadi mengambil tempat. dalam keadaan duduk bersimpuh menampakkan lagi wajahnya yang ayu dan anggun..hanya mampu tersenyum untuk menghilang debaran di dalam hati...si jejaka pula hanya kaku apabila mendengar tok kadi memberi ceramah sebelum majlis akad dimula kan....kadang-kala terlihat si jejaka mengganggukan kepala menandakan benar apa yang di sampaikan..geli hati aku bila melihat gelagat 'bakal abg ipar' aku yang terlupa nama penuh mak dan ayah mentua nya....tepat pukul 4 petang selamat kakak aku menjadi isteri kepada mohd nazri dengan sekali lafaz sahaja..alhamdulillah..sume nyer selamat dan berjalan dengan lancar..
Love KAMPUNG
11 years ago

0 comments:
Post a Comment